Sejarah PSS

Pusat Sumber Sekolah SMK. Dato’ Mahmud Paduka Raja (2) mula dibuka  bersama dengan pembukaan sekolah ini pada tahun 2002.PSS pada mulanya hanya terdiri daripada Perpustakaan dan Bilik Alat Pandang Dengar. Sepanjang tahun 2002 hingga 2003, perpustakaan dibuka secara terhad kepada penggunaan umum kerana masalah kekurangan bahan. Namun perpustakaan mula dibuka kepada penggunaan pelajar dan guru sepanjang waktu P & P pada bulan Mei 2004.

Mulai tahun 2005, perpustakaan mula dinaik taraf (Up-Gred) ke sistem E-PSS, di mana semua maklumat bahan, rekod penggunaan, pinjaman, pemulangan dan sebagainya dimasukkan ke dalam sistem pengautomasian PSS secara eletronik. Proses ini bermula pada bulan Januari hingga Mac 2005.

Pusat Sumber Sekolah juga memainkan peranan bagi menyokong pembelajaran, pengajaran dan pembangunan ilmu dengan menyediakan berbagai-bagai jenis sumber buku, bukan buku, di sampng penggunaan TV Pendidikan, ASTRO dan alat bantu mengajar yang lain.

Pada tahun 2010,PSS telah dilengkapi dengan Kampus Astro dan kelengkapan seperti televisyen LCD 40 inci serta DVD yang dihantar oleh pihak kementerian. Kampus Astro telah diletakkan di kantin bagi memastikan pelajar dapat menggunakan dengan sepenuhnya.

Pusat Sumber Sekolah ditadbir oleh seorang guru penyelaras,5 orang ahli jawatan kuasa  , seorang pembantu dan 30 orang Pengawas PSS yang terdiri daripada pelajar.

Leave a comment